Categories
Berita Semasa

Proses meluaskan penempatan Yahudi meningkat 65 peratus

Rabu , 29/12/2010 – Lebih separuh penempatan Yahudi di Palestin sedang diperluaskan dalam kadar 65 peratus lebih cepat daripada tahun lepas, demikian menurut laporan organisasi Israel, Peace Now pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 1,700 unit dibangunkan di penempatan Yahudi sejak tamatnya pembekuan binaan penempatan 3 bulan lepas. Kebanyakan pembinaan dilakukan di kawasan berdekatan garisan hijau. Pembinaan juga sudah bermula di beberapa kawasan terpencil seperti Tabuh, Talmun dan Ofera.

Sementara itu, Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan drastik dalam proses pemusnahan kediaman warga Palestin pada tahun ini dengan penambahan 45 peratus berbanding sebelumnya. “Israel memusnahkan 396 kediaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada tahun ini berbanding 275 rumah pada tahun lepas,” kata Maxwell Gellard, koordinator PBB di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati