Rabu , 29/12/2010 – Dr. Yousef Rezqa, penasihat politik bagi Perdana Menteri Palestin berkata pada rabu bahawa Israel sedang meningkatkan kewujudan ketenteraannya di sekitar Semenanjung Gaza untuk menghasilkan pandangan media yang cukup tentang membunuh penduduk Gaza menggunakan ruang udara.
“Ketika kami sedang hampir dengan ulang tahun kedua perang kedua (dengan Israel), Israel bercadang untuk meningkatkan tindakan ketenteraan terhadap Gaza,” kata Rezqa dalam satu kenyataan media. “Peningkatan itu tampak nyata dengan kedudukan Batalion ke-9 di sepanjang sempadan Gaza, yang dilengkapi dengan Sistem Pertahanan Aktif menentang Misil yang dikenali sebagai ‘Windbreaker'”.
Rezqa menjelaskan bahawa Israel tidak mahu Gaza untuk membangun di bawah pimpinan Hamas, kerana menganggap Hamas tidak mengiktiraf kewujudan Israel, dan menyeru pembebasan penuh tanah Palestin.
“Peningkatan keupayaan tentera juga kelihatan dengan beberapa pergerakan tentera di Tel Aviv dan bahagian lain, dengan persediaan terhadap serangan misil ke Tel Aviv, dan tindakan terbaru Israel yang membunuh Jamal al-Namnam dan 5 lagi para pejuang di Dir al-Baleh, serta arahan ketenteraan menentang pemimpin Hamas,” katanya. Arahan itu ialah ‘yang pertama sejak perang terakhir ke atas Gaza’, berdasarkan pendapat Israel.
Rezqa menafikan kenyataan Israel bahawa rakyat Palestin mempunyai Misil anti-Kereta Kebal Cornet, yang mampu membidik sasarn sejauh 4 kilometer.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz