Hamas Akan Berkunjung ke Eropah Awal April

Khamis, 09/03/2006 –

Sumber-sumber media Palestin menukilkan dari para pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas bahawa utusan Hamas yang dipimpin Ketua Biro Politik, Khaled Misy?al akan melakukan lawatan ke beberapa negara Eropah pada awal April ini.

Menurut jurucakap Hamas, para perwakilan itu nanti akan mengunjungi 5 negara Eropah termasuk Perancis dan Sepanyol. Mingguan al-Manar Palestin yang memetik dari jurucakap Hamas mengatakan, ?Utusan perwakilan Hamas akan melakukan kunjungan ke Arab Saudi, Afrika Selatan dan Venezuela dalam beberapa hari.?

Al-Manar mengatakan, ?Sumber pimpinan tertinggi Amerika menegaskan bahawa hubungan baik yang berjaya dilakukan oleh Hamas dengan beberapa negara telah memudarkan propaganda yang dijajah Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas.?

Sumber ini mengisyaratkan bahwa perwakilan tertinggi Hamas ? yang telah memenangi secara majoriti Pilihan Raya Umum Legislatif Palestin pada Januari lalu ? telah melakukan kunjungan ke Turki, Rusia dan sejumlah negara Arab. Hal ini telah memecahkan tembok penentangan yang dijaja Amerika Syarikat terhadap Hamas yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.