Jumaat, 10/03/2006 –
Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyeru kepada dunia antarabangsa agar memberikan kesempatan kepada Gerakan Pejuang Islam Hamas yang sedang bersiap sedia membentuk pemerintahan baru Palestin untuk mengubah pendiriannya ketika ini.
Abbas mengatakan Hamas harus mengubah kebijakan politiknya. Namun demikian dia menyerukan masyarakat antarabangsa agar tetap memberikan bantuan dana kepada Palestin dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum yang dilaksanakan pada 25 Januari lalu, yang membawa Hamas menguasai tampuk kekuasaan.
Dalam sidang akhbar di Ramallah semalam, Abbas mengatakan bahawa Hamas ketika ini telah menerajui tampuk pemerintahan dan di sana ada komitmen antarabangsa yang harus dilakukan terhadap Hamas. Menurutnya, rakyat Palestin bersikap menunggu dan memberikan kesempatan kepada gerakan Hamas untuk melakukan perubahan.
Beliau juga berharap Hamas dapat membentuk pemerintahan baru dalam beberapa minggu ini.
Sementara itu Hamas tetap menolak seruan Abbas dan masyarakat antarabangsa agar mengiktiraf Israel dan menghormati perjanjian-perjanjian damai yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Palestin sebelumnya dengan pihak Israel. Pihak Fatah menyakini bahawa kompromi melalui perundingan dengan Israel akan mengakhiri penjajahan.