Isnin , 03/01/2011 – Rejim Israel melakukan tidak kurang daripada 105 serangan ke atas Gaza, membunuh 16 orang dan mencederakan 38 penduduknya, kata Adham Abu Salmiyya, jurucakap Penguatkuasa Kecemasan Gaza dalam satu kenyataan eksklusif kepada Pusat Info Palestin.
Tentera rejim Israel melancarkan 17 serangan udara ke atas wilayah itu, sebahagiannya ke atas penduduk awam; serta 35 serangan artileri; sepanjang kewujudan tentera (Israel) yang padat di semenanjung itu.
Dalam bentuk keagresifan Israel yang lain, nelayan Gaza menderita kehilangan sebanyak 1.5 juta dollar sejak Perang Gaza, kata penyelidik, Abdul Nasser Madi selepas dua bulan mengumpul maklumat daripada sumber rasmi.
Israel menutup terus laut di Gaza untuk nelayan selama lebih daripada 157 hari sejak pengepungan berlaku pada 2007, tambah Madi. Jumlah hasil merudum kepada separuh sejak 2007 dengan hanya 2702 tan ikan dihasilkan pada 2007, dan 1525 tan pada 2009.
Nelayan Palestin dilarang oleh rejim untuk menangkap ikan melebih 3 batu daripada pesisir pantai.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati