Categories
Berita Semasa

Kempen pindaan dan pemecatan besar-besaran terhadap pengikut Dahlan dalam “Badan Pemelihara Keamanan”.

Isnin , 03/01/2011 – Sumber Palestin bagi Pusat Informasi Palestin mendedahkan bahawa Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, mengarahkan beberapa siri pindaan dan pembubaran secara luas dan menyeluruh terhadap biro yang dikenali sebagai “Badan Pemilihara Keamanan” di Tebing Barat, atas kaitan badan itu dengan pengikut setia pengkhianat Fatah, Mohd Dahlan.

Menurut sumber terdekat Badan Penyiasatan untuk Dahlan yang dibentuk oleh Abbas, siri pindaan dan pembubaran ini ditumpukan di kawasan Ramallah dan Nablus, dengan tujuan utamanya untuk “menyekat pengaruh buruk Dahlan” dalam Badan Pemilihara Keamanan, di samping memantau juga Badan Sivil dan Badan Ketenteraan.

Sumber tersebut juga – yang enggan didedahkan namanya – memberitahu bahawa kempen ini juga mensasarkan Badan Ketenteraan lain yang dianggotai para pengikut setia Dahlan, seperti contoh, menurut sumber tersebut, adalah pemecatan serta-merta Pengerusi Badan Khidmat Perubatan Ketenteraan, Ir. Kamel Hassan, yang kini sedang disiasat di bawah tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen