
Rabu , 05/01/2011 – Anggota Biro Politik Hamas, Dr. Khalil Hayya menafikan bahawa Hamas menerima tawaran daripada Mesir mahupun pihak-pihak lain pada akhir Disember 2008 yang mahukan tempoh genjatan senjata dengan rejim Zionis dilanjutkan.
Dalam satu symposium politik yang diadakan pada Isnin lalu (27/12/10) di Gaza, Dr.Hayya mengkritik dan menyifatkan mereka yang menyalahkan Hamas serta menyuruh gerakan itu bertanggungjawab ke atas Perang Israel yang lalu sebagai penjenayah dan jahat.
“Penilaian kumpulan-kumpulan tertentu berkenaan situasi yang berlaku pada penghujung Disember 2008 telah dengan jelas dan sebulat suara bahawa musuh rejim Zionis tidak menghormati genjatan senjata. Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan penganalisa tersebut berkata; “jika musuh menyerang Gaza, kami akan mempertahankan diri” dan mereka tidak mengumumkan perang,” kata pegawai Hamas
itu lagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa