Rabu , 05/01/2011 – Keluarga-keluarga kepada 5 orang tahanan penjara yang melakukan mogok lapar berkata anak-anak lelaki mereka mungkin menerima ajal dalam masa terdekat berikutan keadaan kesihatan mereka yang sangat kritikal. Mereka merayu agar organisasi-organisasi kemanusiaan campur tangan dengan pihak berkuasa Palestin (PA) bagi membolehkan anak-anak mereka dibebaskan dari penjara.
Jawatankuasa yang mewakili keluarga para tahanan penjara tersebut membuat kenyataan pada Ahad lepas (02/01/11) bahawa agen perisikan PA menghalang keluarga para tahanan tersebut daripada berjumpa dengan anak-anak mereka. Pada Ahad lepas pula semua bentuk komunikasi antara mereka diputuskan. Jawatankuasa itu turut mengesahkan bahawa 3 orang daripada tahanan yang mogok lapar itu berada dalam keadaan kesihatan yang kritikal dan telah dimasukkan ke hospital di Bandar Baitullaham.
Jawatankuasa itu juga memberi amaran bahawa para tahanan yang terlibat semakin menghampiri saat-saat kematian dan mungkin tidak akan hidup lama, manakala Presiden Umum, Mahmoud Abbas dan dan pengarah agen perisikannya, Majed Faraj bertanggungjawab penuh di atas kematian mana-mana tahanan penjara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa