Categories
Berita Semasa

Halotz Akui Isreal Perlu Maklumat Tentang Shalit

Rabu , 05/01/2011 – Mantan ketua staf tentera, Dani Halotz menegaskan bahawa kerajaan Israel memerlukan maklumat yang lengkap tentang tentera Israel, Gilad Shalint yang ditahan oleh pejuang Palestin di Gaza.

Halotz mengatakan hal tersebut dalam sidang akhbar di Ber Seba, Sabtu (1/1). Halotz menambah bahawa beliau bercadang untuk menggempur pejuang Hamas setelah Shalit ditawan. Namun sebahagian pimpinan politik menolaknya.

Halotz menyebutkan pada masa yang sama Entiti Zionis juga mampu membayar sejumlah wang untuk membebaskan Ron Arad, komandan angkatan udara Zionis yang hilang di Selatan Lebanon tahun 1986. Namun dengan sebab-sebab tertentu dan tekanan dalaman ianya tidak dilaksanakan.

sumber : COMES
penterjemah : osman