Jerusalem, 30/12/10 – Pusat Informasi Wadi Silwan mendedahkan pada Rabu lalu (29/12/10) bahawa rejim Zionis sedang merancang untuk menghubungkan Daerah Wadi Yasul di Jerusalem dengan penempatan-penempatan haram Yahudi di Jebel al-Mokabbir. Rancangan ini mengancam kedudukan sejumlah rumah di Wadi Yasul.
41 buah rumah dan mungkin beberapa buah rumah lagi diancam untuk dimusnahkan,lapor Pusat Informasi Wadi Silwan. Yayasan-yayasan penempatan haram Yahudi juga telah mensita tanah-tanah penduduk palestin di Daerah Sawana dan Ras al-Amoud di Jerusalem.
Dalam projek pembangunan yang lain, pihak berkuasa rejim Zionis memberi perintah berkurung di rumah kepada 5 orang pelombong dari Silwan serta mengharamkan mereka daripada pergi ke sekolah. Mohammed Abu Nab, 17 kini sedang dibicarakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa