Categories
Berita Semasa

Tahanan di Penjara Abbas Masih Terus Melakukan Mogok Lapar

Jumaat , 07/01/2011 – Al Haj Abu Ratib al Awiwi, bapa salah seorang tahanan tetera Abbas, menegaskan bahawa anaknya “Ahmad” masih mogok lapar dan nyawanya terancam kerana tindakan tersebut. Beliau meminta semua pihak untuk segera membantu membebaskan anaknya, seluruh tahanan yang melakukan mogok lapar serta tahanan politik lainnya.

Abu Ratib mengatakan, Rabu (5/1), “Hari ini saya menziarahi tahanan yang mogok lapar, termasuk anak saya. Keadaan mereka sangat kritikal dan hampir dengan kematian.

Abu Ratib menjelaskan bahawa langkah mogok lapar adalah tindakan yang sangat berat. Tindakan ini menjadi tekanan sangat besar terhadap otoriti Ramallah. Bahkan otoriti Ramallah hampir membebaskan mereka kerana terus melakukan mogok lapar.

Abu Ratib menyampaikan ingatan kepada otoriti Ramallah, “Mereka adalah pemuda yang ditahan secara zalim dan paksa tanpa ada dosa yang mereka lakukan. Mereka harus dibebaskan segera.” Dia menegaskan bahawa masa penahanan mereka sudah lebih 28 bulan. Ada tahanan yang melakukan mogok lapar selama 50 hari, iaitu Muhammad Nirukh. “Hari ini saya menyaksikan Muhammad benar-benar seperti mayat, dia dan mayat tidak ada bezanya. Mereka semua nampak sama,” menurut Abu Ratib.

sumber : COMES
penterjemah : osman