Jumaat , 07/01/2011 – Haji Abu Rotib Al-Owewei, ayah kepada seorang tahanan militan Abbas, menegaskan bahawa anakandanya, Ahmad, masih meneruskan mogok lapar dan terancam dengan kematian akibat berlapar secara berterusan. Beliau meminta agar semua yang bebas, “bertindak dengan segera untuk pembebasan anaknya dan kesemua tahanan yang bermogok lapar serta para tahanan politik.”
Haji Al-Owewei dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Rabu (5 Januari) berkata, “hari ini saya bertemu dengan pemogok lapar, termasuk anak saya Ahmad, tahanan Majd Abeed dan Wesaam Al-Qawasmi, dan keadaan mereka terlalu kritikal, saya yakin bahawa mereka boleh mati”, menambah, “bahawa mereka seolah-olah menjadi 1/4 manusia kerana telah kehilangan berat dengan sangat banyak”. Beliau juga memberitahu bahawa tahanan, Wa’el El-Baitor masih lagi ditahan di penjara dekat Beit Lahm.
Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Ramallah membawa Ahmad ke mahkamah buat kali kedua dengan mengabaikan kenyataan pembebasan beliau yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Tertinggi, atas tuduhan terlibat dalam gerakan militan, yang dinafikan keras oleh Ahmad, menyebabkan beliau memutuskan untuk meneruskan mogok laparnya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen