Isnin,
13/03/2006 –
Pertubuhan Aqsa menolak permohonan Israel untuk memindahkan perkuburan Islam di Jerusalem. Fatwa ulama Islam termasuk Mufti Palestine dan Jerusalem, Sheikh Ekrema Sabri dan hakim syariah Jerusalem Sheikh Ahmed al-Natoor terang dan jelas menolak sebarang usaha tersebut.
Para kontraktor Israel yang ditaja Amerika sedang memusnahkan muzium di atas tanah perkuburan tersebut mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka sedang menyelenggara kawasan kubur itu walhal segala kerja penyelenggaraan perkuburan Islam adalah dibawah tanggungjawab institusi Islam.
Permohonan sebelumnya ditentang hebat kumpulan ultra-orthodox Yahudi dimana Ariel Sharon memohon tanah awam untuk memindahkan kubur isterinya.