Isnin, 13/03/2006 – Sumber sahih mengatakan kerajaan Zionis meluluskan perintah merobohkan rumah Allahyarham Al-Haj Amin Al-Husseini dan membina projek penempatan Yahudi dibiayai Ervin Moscovich jutawan Yahudi.
Usaha ini adalah langkah untuk memisahkan Jerusalem daripada identiti Palestin dan menyahudikan Jerusalem. Fuad Al-Hallaq seorang pakar dalam unit bandar Jerusalem menegaskan tiada rundingan damai dapat dicapai selagi Jerusalem dikembalikan dengan Israel berundur dari sempadan June 4 1967.