Muhammad Dea (part 1)

As Syahid Muhammad Dea, berasal dari perkampungan Al Zaitun, Gazza yang banyak melahirkan pejuang-pejuang Palestine yang terbilang, di antaranya Awadh Salami, Zaher Nassar, Solah Nassar, Samer Abbas, Muhammad Al-Dahdod,Ahmad Al-Dahshan, Na’em Na’em, Husien Shihab, Mahmud Al-Burno, Fuad
Al-Dahshan, Telal Nassar, Muhammad Abu Sido dan ramai lagi. Di puterakan pada bulan Mac 1985, dan atas kehendak Ilahi, pada bulan yang sama Beliau
menjadi Syahid, pada Mac 2004.

Dalam Barisan Hamas
As Syahid pada mula menjadi sukarelawan di jalan Solahudin, namun setelah syahidnya pelaku syahid pertama Rem Al Reyashe, beliau di pindahkan ke
wilayah bukit Al_Hawa. As Syahid juga pernah berkerja di bahagian informasi Hamas di daerah Al Ramal Selatan. Di antara tugas as syahid adalah
memperindahkan lokasi-lokasi dalam daerah menjelang hari-hari kebesaran Islam dan ulang tahun Hamas. Kerja-kerja ini dijalankan pada waktu tengah malam atau menjelang fajar. Namun begitu as syahid tidak pernah tinggal dari menyertai demo-demo dan pengiringan jenazah para syuhadah.

As syahid lebih di kenali sebagai Abul Bara? oleh teman-teman rapat. Menurut salah seorang teman ?as syahid, ketika mengiring jenazah Komandan
Al-Qassam, Haji Yasin Nassar memegang mikrofon bersama saya. Banyak perkara yang as-syahid bicarakan melalui mikrofon sehingga tidak lagi mampu untuk berbicara lagi.? ?Semua ini aku lakukan untuk Allah Ta?ala dan mengharap
timbangan kebaikannya?

As syahid adalah orang yang pertama mengumumkan ke syahidan pelaku syaihid
dari Al- Qassam, Mahmud Al-Jamasi sewaktu demontrasi Hamas di Jalan Omar
Mukhtar.

As Syahid adalah teman rapat para-para pelaku aksi syahid dari brigade Al Qassam seperti Fuad Al Dahshan, Ashraf Al Heya, Nu’aem, Khaled Al-Zahar dan Fahmi Nassar

Di Dalam Naungan Rumah Allah SWT
Sejak dari kecil As Syahid sudah biasa solat berjemaah di masjid Syafi?i. AS syahid mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Madrasah Anas Bin Malik dengan kelulusan Jaid Jiddan dan kemudian melanjutkan pengajian di Madrasah
AL Karmul.

Perangai dan Sifat
As Syahid di kenali memupunyai sifat yang terpuji dan yang paling menonjol adalalah sifat tawadhu?. Senyuman senantiasa terukir di bibirnya dan selalu
menziarahi orang sakit. As Syahid adalah aktivis dalam bidang social dan menjadi ahli jawatan kuasa social masjid Al rahmah.

Seorang yang penyabar dan tenang, biasa mencium kedua tapak kaki ibunya dan penyayang kepada adik-adiknya. Mempunyai hubungan yang luas dan akrab dengan semua yang mengenalinya.

Lembaran Jihadnya
As Syahid berjuang di bawah komando Terad Al Jamal dan sebulan sebelum kesyahidannya di bawah komando Ibrahim Al Dieri. As Syahid banyak di pengaruh oleh para pelaku syahid dari Al Qasam, sehinggakan pernah as syahid keluar berpakaian tentera dan dengan wajah yang terbuka. Pernah mengikuti As syahid Ashraf el Heya memasang bom berangkai di timur dan tepat mengenai sebuah kereta kebal Israel yang menyebabkan 3 tentera Israel mati.

Abul bara di beri tugas untuk melakukan pengintipan ke atas operasi-operasi yang di lakukan oleh Tentera penjajah Israel bersama mujahidin-mujahidin yang lain.