Mesyuarat Agung Aqsa Foundation menggesa agar Shaykh Salah dibebaskan

al-Khalil, hamasOnline.net, 14/7/2004 – Organisasi Aqsa Foundation yang bertanggungjawab menjaga Masjid al-Aqsa telah menganjurkan mesyuarat agung mereka yang ketiga tanpa kehadiran pengasasnya Shaykh Raed Salah yang telah dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis.

Salah dan juga empat rakannya yang lain dari Gerakan Islam di dalam tanah
Palestin yang terjajah (Israel) telah dipenjarakan kerana didakwa telah
menyalurkan dana untuk HAMAS dan juga gerakan-gerakan penentangan yang lain
di Jalur Gaza dan juga Tebing Barat.

Mesyuarat agung tersebut telah meluluskan usul menggesa kerajaan rejim
Zionis agar membebaskan kesemua tahanan tersebut dan juga berhenti melakukan
tekanan terhadap Gerakan Islam di kawasan Palestin yang dijajah oleh rejim
tersebut (Israel).

Mesyuarat agung itu juga sebulat suara bersepakat untuk mempereratkan
hubungan dengan agensi-agensi berita antarabangsa untuk menyalurkan maklumat
berkenaan keganasan rejim terhadap Masjid al-Aqsa dan masjid-masjid yang
lain di dalam kawasan jajahan mereka.

Mesyuarat agung itu juga bersetuju untuk membina “Masjid Nakba” (Masjid
malapetka) untuk memperingati keganasan rejim Zionis ke atas negara Palestin
dan rakyatnya. Masjid itu dijangka akan dibina dari batu-batu runtuhan
rumah-rumah Palestin yang dihancurkan oleh rejim Zionis semenjak tahun 1948.