Categories
Berita Semasa

Israel Menghantar Obeid Ke Pusat Soal-siasat Jalama

Isnin , 17/01/2011 – Pihak berkuasa Israel menghantar Majd Mahir Obeid pada selasa daripada al-Khalil, selatan Tebing Barat ke Pusat Soal-siasat Jalama selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.

Empat rakannya, Mohammad Nerokh, Wael al-Beitar, Wassam al-Qawasimi dan Ahmed al-Awiwi masih berada di Hospital Ramle, kata ibu Obeid kepada Pusat Info Palestin (PIC) pada rabu.

Obeid disoal tentang kaitannya dengan Hamas, serangan dan cerita yang direka-reka, sambung ibunya lagi.

“Pihak berkuasa Palestin memberikan Israel maklumat palsu yang menjurus kepada penahanan Obeid.” katanya.

Tentera Israel menahan Obeid dan rakannya selepas lima jam dibebaskan daripada tahanan Agensi Keselamatan PA di Tebing Barat. Tahanan sebelm itu melakukan mogok lapar selama 45 hari dan mendesak PA menuruti kehendak mahkamah tinggi yang membebaskan mereka.

Ibu Obeid berkata bahawa militia PA bertanggungjawab ke atas penahanan anaknya. Dia menerangkan bahawa keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mogok lapar itu. Dia mengesyaki bahawa Israel menggunakan keadaan kesihatannya untuk memaksa Obeid mengaku bersalah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz