Isnin , 17/01/2011 – Pergerakan Jihad Islami melaporkan bahwa Genting Gaza kini diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis dan mungkin membawa kepada satu lagi peperangan. Pergerakan itu turut menegaskan bahawa pejuang Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan rakyat mereka daripada sebarang kekejaman.
Seorang pegawai kanan Jihad Islami, Khaled Al-Batesh memberitahu Saluran Satelit Al-Alam pada Rabu lepas bahawa para pejuang di Gaza mempunyai hak untuk membalas konfrontasi rejim Zionis dan membalas kekejaman mereka. Rejim Zionis kebelakangan ini memperhebatkan lagi serangan udara sehingga menyebabkan ramai penduduk awam yang cedera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa