Categories
Berita Semasa

Perancang Israel Mungkin Meluluskan Penempatan Yang Lebih Luas Melebihi Kawasan Hijau

Jumaat , 21/01/2011 – Majlis Perancangan dan Pembangunan Jerusalem akan berbincang pada minggu depan tentang pelulusan tapak projek penempatan penduduk Yahudi terbesar di luar kawasan hijau di timur Jerusalem.

Projek itu yang membesarkan penempatan Gilo menghala ke Tebing Barat akan melibatkan pembinan lebih 1400 unit kediaman, bangunan komersial, jalan, dan taman serta dijangkan akan menarik kritikan antarabansa.

Perbalahan politik dengan Amerika Syarikat memberi tekanan kepada Majlis Perancang yang merupakan anak syarikat Majlis Perbandaran Jerusalem, untuk memberhenti projek kecil pembangunan penempatan Yahudi di kawasan yang sama setahun yang lepas.

“Ini merupakan satu plan yang lebih bahaya daripada plan lama kerana rancangan melibatkan pembangunan besaran di tepi Gilo, dan bukan dalam kawasan kejiranan Gilo itu,” kata Ahli Majlis Jerusalem, Meir Margalit.

Yariv Oppenheimer, Pengurus Besar Pegerakan Israeli Peace Now, menyatakan kerisauan yang dalam bahawa projek itu bakal menyalakan reaksi antarabangsa dan akan merosakkan status Israel yang sudah sedia rosak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz