Jumaat , 21/01/2011 – Akhbar Ibrani, Haaretz pada hari Isnin (17 Januari) mendedahkan apa yang digelar sebagai “Intifadhah” dalam barisan duta Zionis ke luar negara, yang mengutus surat kepada Presiden Benyamin Netanyahu memohon peningkatkan gaji untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka yang hampir bankrap sebelum menjadi lebih teruk, apabila permohonan awal mereka tidak dilayan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman.
Akhbar tersebut menyebut bahawa perkara sebegini belum pernah terjadi dalam sejarah luar dan diplomasi Zionis, di mana hampir 20 orang duta mengirim surat pada hari Khamis lepas kepada pejabat Netanyahu sambil memberi amaran bahawa jika mogok mereka berterusan, ianya akan merosakkan imej politik Zionis dalam masyarakat antarabangsa.
Dalam kalangan 20 duta tersebut, “terdapat duta veteran yang telah menjalankan khidmat diplomasi hampir seperempat abad”, termasuk Mayron Ruven wakil di PBB, Ran Curiel duta Kesatuan Eropah dan Rafael Shuitz duta di Sepanyol, yang memohon agar urusan kewangan mereka dapat menjamin kehidupan yang selesa, bukan hanya wang pencen yang hampir tidak cukup untuk hidup pada waktu sekarang.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen