Pemimpin HAMAS disekat !

Rabu,

22/03/2006 –

Pihak berkuasa tentera penjajah Israel tidak akan membenarkan pergerakan bebas pemimpin kerajaan baru di antara tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Sumber berita memberitahu Berita Hebrew bahawa pihak keselamatan Israel sedang merancang untuk memberhentikan semua hubungan dengan rakan kerajaan Palestin di Semenajung Gaza tetapi akan meneruskan hubungan dengan pihak keselamatan di Tebing barat walaupun hanya pada peringkat akar umbi.

Ismail Haneyya, Pemimpin Hamas, pada petang ahad telah membentangkan senarai kabinet yang baru kepada ketua Pimpinan Hamas, Mahmod Abas di Gaza.

Kerajaan baru tersebut akan dibentangkan dengan pihak PLC bagi mendapatkan keyakinan. 24 ahli kabinet termasuk seorang wanita dan seorang Kristian. Ia terdiri dari 10 menteri dari semenanjung Gaza dan 14 menteri dari tebing barat.