Bahrain mengesahkan sokongan terhadap HAMAS

Rabu,

22/03/2006 – Ketua-ketua Pergerakan Hamas berbincang di Bahrain pada hari Isnin dan Selasa lepas (20 dan 21/3/2006) mengenai perkembangan di arena Palestin and langkah2 meningkatkan ketahanan rakyat Palestin menangani keganasan Israel.

Delegasi Hamas diketuai oleh Khaled Mishaal, pengerus biro politik pergerakan tersebut, pada hari Selasa berbincang dengan jurucakap Bahrain, Khalifa Al-Dhahrani kemudian diikuti dengan timbalan perdana menteri Sheikh Mohammed Mubarak Al-Khalifa. Mereka berbincang mengenai keadaan sukar yang menyelubungi rakyat Palestin ekoran keganasan Israel yang berterusan.

Perbincangan tersebut seterusnya menangani kerajaan Pihak Berkuasa Palestin baru yang diketuai Hamas, sambil Al-Khalifa memperbaharui sokongan negaranya terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Beliau juga menegaskan segala sokongan seharusnya diunjurkan kepada kerajaan baru bagi membolehkan ia membangunkan keadaan rakyat Palestin.

Golongan Islah di Manama, dengan kecenderungan kepada Islam, telah mengadakan upacara menyambut ketua-ketua Hamas pada hari Isnin, dan Mishaal telah memberikan ucapan menfokus kepada tindakan membalas Israel terhadap rakyat Palestin ekoran keputusan demokratik mereka (memilih Hamas dalam pilihanraya).

Delegasi Hamas semalam telah berjumpa dengan wakil parti-parti politik, sosial dan organisasi di Bahrain sambil dihadiri oleh 15 individu yang membentuk inisiatif kebangsaan untuk menyokong rakyat Palestin dan menegaskan lagi sokongan mereka terhadap Palestin.

Delegasi Hamas dianggotai oleh Mohammed Nazzal, Emal Al-Alami, Sami Khater dan Ezzet Al-Resheq, kesemuanya anggota biro politik Pergerakan Hamas, bersama dengan Mohammed Nasr.

Resheq dalam perbualan telefon dengan PIC berkata, delegasi itu dijangka akan tiba di Emiriyah Arab Bersatu lewat hari ini dalam rangka lawatan Teluk, yang juga akan membawa delegasi tersebut ke Kuwait pada hari Sabtu untuk lawatan rasmi.

Delegasi Hamas meninggalkan ibu negara Yaman pada hari Isnin selepas 3 hari lawatan rasmi, merangkumi perbincangan antara Mishaal dan presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh bersama menteri kanan Yaman yang lain.