
Jumaat , 18/02/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyeru barisan pemimpin baru kerajaan Mesir supaya menimbangkan semula polisi bekas Presiden mereka yang digulingkan iaitu Hosni Mubarak terhadap sekatan ke atas Gaza serta segera mengeluarkan arahan supaya pintu masuk sempadan Rafah dibuka semula agar orang-orang awam dan barang-barang keperluan dapat dibawa melaluinya.
Dalam satu kenyataan media pada Ahad lepas, Abu Zuhri berkata pergerakannya berharap agar perkembangan politik terbaru di Mesir bakal membuka fasa baru perhubungan antara Kaherah dan Gaza.
“Kami di dalam Hamas sentiasa komited untuk menjalin hubungan istimewa dengan Kaherah walaupun ketika Mesir di bawah pemerintahan bekas Presiden, Hosni Mubarak. Ini kerana bagi kami, hubungan tersebut adalah dengan Negara Mesir dan bukannya dengan individu-individu tertentu,” tambahnya lagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa