Categories
Berita Semasa

Hamas : Sebarang pilihanraya tanpa konsenus nasional akan ditolak dan “badan eksekutif” hanya mewakili dirinya.

Jumaat , 18/02/2011 – Hamas menolak tegas keputusan Badan Eksekutif PLO untuk melakukan pilihanraya menteri dan legislatif sebelum bulan September tahun ini, kerana keputusan tersebut dibuat tanpa persetujuan nasional, manakala tarikh keputusan yang dipilih “secara jelas bertujuan untuk menutup aib pihak Fatah.”

Hamas dalam kenyataan untuk Pusat Informasi Palestin berkata, “kami di pihak Hamas bersama-sama rakyat Palestin menolak segala keputusan untuk melaksanakan pilihan raya menteri dan legislatif tanpa persetujuan nasional, dan kami menganggap bahawa ianya mansuh dan tidak sah dari segi undang-undang dan hanya bertujuan untuk membantu Zionis dan kumpulan pembelot, yang menyebabkan mereka merancang untuk menjalankan pilihanraya pada waktu ini, yang bertujuan untuk menutup kesalahan Fatah dan kumpulan rundingan selepas rahsia tentang rundingan, serangan terhadap Al-Quds dan kawasan suci, jual beli tanah Palestin dan kospirasi terhadap para mujahidin terbongkar.”

Hamas menganggap bahawa Badan Eksekutif PLO ini, “hanya berkata untuk dirinya sendiri, sedangkan ianya sedia tidak sah dan tidak mewakili suara rakyat Palestin dari pelbagai lapisan, faksi-faksi dan personaliti. Badan tersebut juga tidak layak dan tidak berautoriti untuk membuat keputusan, seperti pilihanraya ini, secara bersendirian tanpa persetujuan nasional.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen