New Zealand memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel


Auckland, 15 Julai (Islamonline) ? New Zealand telah membuat keputusan untuk memustuskan hubungan diplomatik peringkat atasan dengan Israel selepas dua orang perisik Israel telah berjaya ditangkap kerana mendapatkan paspot New Zealand secara tidak sah.


New Zealand merasakan mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk tindakan yang disifatkan sebagai mencabul kehormatan sesebuah negara berdaulat. Menurut Helen Clark, Perdana Menteri New Zealand, tindakan tersebut hanyalah mengeruhkan hubungan baik yang selama ini terjalin di antara New Zealand dan Israel. Menurut beliau lagi, perbuatan tersebut tidak dapat diterima sama sekali dari segi undang-undang antarabangsa dan oleh mana-mana negara.

Ini bukanlah kali pertama pihak perisikan Israel melakukan perkara yang sedemikian. Pada tahun 1997, dalam percubaan mereka (Mossad- perisikan
Israel) untuk membunuh pemimpin tertinggi HAMAS, Khalid Meshaal, dua orang perisik mereka telah ditangkap dengan membawa paspot Kanada yang palsu.

Helen juga turut menyatakan bahawa pihaknya telah meminta penjelasan dari Tel Aviv untuk memberikan penjelasan dan maaf lebih dari tiga bulan, sehingga kini tiada jawapan yang mereka berikan. Sebagai tindakan lanjut, Auckland telah memutuskan untuk memutuskan hubungan diplomatik peringkat tertinggi dengan Israel.

Dua orang perisik tersebut, Uriel Zoshe Kelman dan Eli Cara telah dihukum penjara enam bulan di New Zealand kerana kesalahan tersebut. Helen juga menegaskan bahawa negaranya tidak akan menerima kunjungan Presiden Israel, Moshe Katzav yang dijadualkan akan mengungjungi negara tersebut pada bulan hadapan.

Di Tel Aviv, Menteri Luar Israel, Silvan Shalom pula mengatakan mereka akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk memperbaiki hubungan Tel Aviv-Auckland demi kebaikan kedua-dua negara seperti yang dilaporkan oleh akhbar Israel, Haarezt.

Cara (Kiri) dan Kelman (Kanan) dikenakan hukuman 6 bulan penjara(AFP)