Pemimpin HAMAS kawasan Khalil syahid!


Khalil/Hebron, 16/7/2004 (alJazeera) – Seorang pemimpin HAMAS bagi kawasan Khalil yang hanya dikenali dengan nama Malik Nasir al-Din telah terkorban syahid dibunuh oleh tentera rejim Zionis yang melakukan serangan terhadap para pejuang Palestin dalam usahanya membunuh para pejuang HAMAS dan Jihad Islami.

Tentera rejim Zionis mengatakan bahawa beliau (Malik) merupakan salah seorang aktivis yang tersenarai dalam senarai aktivis Palestin yang amat dikehendaki oleh pihak rejim. Beliau telah terkorban syahid ketika pihak tentera rejim menyerang rumah bapa saudaranya di mana beliau bersembunyi.

Walau bagaimanapun, stesyen televisyen al-Jazeera telah dimaklumkan oleh para pendduduk bahawa pihak tentera rejim telah merobohkan rumah tersebut terlebih dahu

Dalam insiden yang lain pula, pihak tentera rejim telah menangkap 18 orang pejuang Palestin yang lainnya dari operasi yang mereka jalankan di seluruh Tebing Barat.