Categories
Berita Semasa

Hamas sokong cadangan hentikan perpecahan.

Khamis, 17/03/2011 – Hamas melalui jurucakapnya, Dr. Sami Abu Zuhri, menyatakan sokongan dan dukungannya terhadap apa yang diminta oleh barisan popular Palestin, iaitu untuk mengadakan dialog nasional bertujuan membincangkan kaedah menghentikan perpecahan dan menjaga hak dan kepentingan Palestin.

Abu Zuhri dalam sidang media dekat Dataran Tentera, pada hari Isnin (14 Mac), menyeru kesemua rakyat Palestin untuk menyertai rapat umum yang akan dijalankan esok di Gaza dan Tebing Barat, dan kesemua diminta membawa bendera Palestin, untuk menunjukkan kesatuan Palestin di sebalik kepelbagaian.

Abu Zuhri juga meminta PA Abbas untuk berhenti daripada sering menahan para peserta rapat umum dan penyokong di Tebing Barat, sebaliknya memberi mereka peluang kali ini untuk menunjukkan sokongan untuk menghentikan perpecahan. Katanya lagi, PA semakin aktif menangkap para penyokong akhir-akhir ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen