
Khamis, 17/03/2011 – Hamas mengutuk peningkatan jumlah penangkapan dan penganiayaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin (PA) terhadap penyokong Hamas yang berada di Tebing Barat berikutan terjadinya pembunuhan 5 orang pendatang haram Yahudi di penempatan haram Iltamar 3 hari lalu.
Hamas berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Ahad lepas bahawa peningkatan itu bertentangan dengan perbincangan ke arah penyatuan negara yang sedang diadakan. Menurut pergerakan itu lagi, peningkatan itu adalah salah satu usaha untuk menghapuskan kerajaan pentadbiran Hamas di Gaza dan “pelindung projek Palestin”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa