Categories
Berita Semasa

Warga Palestin menyeru dunia agar campur tangan terhadap tindakan Israel yang meningkatkan serangan di Gaza

Rabu , 23/03/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah menyeru organisasi-organisasi antarabangsa agar masuk campur apabila Israel semakin agresif di Semenanjung Gaza.

“Kerajaan telah menghantar mesej kepada PBB dan Setiausaha Agung Liga Arab dan juga kepada beberapa negara Kesatuan Eropah untuk mendedahkan perancangan agresif Israel terhadap Semenanjung Gaza serta meminta mereka campur tangan dengan segera untuk menghentikannya,” kata Dr Yousef Rizqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin,
Ismail Haneyya.

Rizqa berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa beliau bimbang dengan keadaan serius dan tidak terkawal yang bertujuan untuk menjejaskan usaha ke arah rundingan damai Palestin. “Israel tuduh kumpulan Palestin mengebom penempatan Israel sedangkan ia tidak benar,” kata Rizqa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati