
Rabu , 23/03/2011 – Pada 19 Feb 2011, Ejen Mossad menculik Derar Mousa Yousef Abu Sisi, 42 ketika Abu Sisi berada di Ukraine. Abu Sisi ialah Pengarah Operasi Bahagian Penghasilan Tenaga Gaza. Mossad kemudiannya mengekstarakdisikan Abu Sisi ke Israel.
Abu SIsi kini sedang ditahan di penjara Ashkelon. Pada 20 Mac 2011, seorang peguam daripada Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) berjaya melawat Abu Sisi buat kali pertama.
Abu Sisi memberitahu PCHR bahawa pada 19 Feb 2011, dia sedang berada di atas kereta api dari Kharkov ke Kiev untuk bertemu abangnya Yousef yang baru tiba daripada Belanda.
Abu SIsi memberitahu PCHR yang dia dihalang dari bertemu peguam selama 14 hari. Penghalangan itu kemudiannya ditambah lagi 11 hari dan dalam waktu itu, dia telah di soal-siasat secara intensif dan dinafikan hak dalam perundangan.
Pihak berkuasa Israel mengarahkan media supaya penahanan itu tidak dihebahkan, dan menghalang peguam daripada melawatnya untuk memeriksa keadaan kesihatannya dan memberikan nasihat guaman.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : redz