Categories
Berita Semasa

Abu Ubaidah : Musuh akan membayar harga yang mahal jika masih mengganas.

Rabu , 23/03/2011 – Briged As-Syahid Ezzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menegaskan bahawa Zionis akan terpaksa membayar harga yang mahal jika masih terus mengganas dan melakukan jenayah terhadap rakyat kita di Gaza.

“Abu Ubaidah”, jurucakap briged itu memberitahu dalam kenyataan dalam laman web Al-Qassam, pada petang Isnin (21 Mac) bahawa : “Tindakan Briged Al-Qassam pada pagi Sabtu (iaitu melancarkan lebih daripada 30 mortar ke atas musuh -zionis-), datang sebagai tindakbalas biasa kepada jenayah Zionis yang berterusan dan semakin meningkat terhadap rakyat kami terutamanya dalam masa terdekat ini, yang menyebabkan peningkatan bilangan syuhada’, yang terbaru, 2 syahid pejuang Al-Qassam iaitu Ghassan Abu Amru dan Adnan Ishtiwi selain melakukan keganasan brutal terhadap bangunan, ibu pejabat dan beberapa kawasan lain.”

Tambah Abu Ubaidah lagi : “musuh (zionis) akan pasti membayar harga yang mahal jika mereka tidak berhenti”, serta : “jika musuh terus beriltizam untuk tidak menghentikan peningkatan keganasan terhadap rakyat kami, kami juga akan beriltizam untuk terus berdiri menyokong negara ini (Palestin).”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen