
Khamis , 24/03/2011 – Ahli delegasi parlimen Eropah, yang telah menziarahi ibu kota Mesir, Kaherah, dalam masa 2 hari, menyatakan bahawa beliau menghidu adanya gerakan dari Mesir yang memperjuangkan isu untuk mengakhiri kepungan 5 tahun berturut-turut ke atas Gaza, apabila mengambil kira pandangan kebanyakan para menteri, pimpinan parti dan pemuda “kebangkitan” Mesir.
Dr. Arafaat Shukri, pengerusi Majlis Perhubungan Eropah Palestin yang menemani delegais tersebut berkata : “delegasi Eropah ini sempat bertemu beberapa menteri dari kabinet Mesir sewaktu hari ucapan beliau, di samping bermesyuarat dengan ahli dari pelbagai parti politik Mesir serta wakil pemuda “Januari 25″ sebagai tanda sokongan kepada revolusi yang telah dijalankan dan menghargai jasa warga Mesir.”
Beliau berkata lagi bahawa delegasi telah bersua muka dengan Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Mousa, dan Menteri Perhubungan Luar Mesir, untuk mendengar apakah visi masa hadapan bagi Mesir, serta bagaimana Eropah boleh membantu untuk menyokong Mesir. Delegasi juga telah membincangkan beberapa hal luar, termasuk isu Palestin, pendirian Mesir terhadap sekatan Israel ke atas Gaza, serta secara tidak rasmi maklum dengan konsensus rakyat Mesir terhadap sekatan Gaza ini.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen