Categories
Berita Semasa

Serangan Israel dan Ancaman Pengusiran Terhadap 6 Keluarga di Khuza’ah

Khamis , 24/03/2011 – Warga Palestin, Husain Mahmud An-Najjar (30) tidak menjangka ketika meonton berita TV berkenaan serangan militan Israel terhadap bandar Khuza’ah di Timur Khan Yunis tempat tinggalnya, rumahnya menunggu detik untuk menjadi berita yang disiar media massa.

Selepas tengah malam Selasa (22/3) pesawat Israel memuntahkan peluru ke rumah Mahmud, secara ajaib beliau selamat dari ledakan dan hanya sedar beberapa jam setelah serangan.

Masih dalam keadaan tergamam, Najjar yang terselamat dengan izin Allah dari kematian akibat serangan tersebut menyatakan kepada wartawan bahawa beliau sedang menonton berita di televisyen berkaitan serangan Israel yang beberapa minit kemudian beliau mendengar ledakan roket Israel mengenai atap rumahnya.

Najjar terpaksa mengosongkan rumahnya segera bersama isteri dan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil, ketika ia sedang bergegas keluar, telefon bimbitnya berdering dan menunjukkan nombor telefon Israel namun beliau tidak menjawab panggilan tersebut.

Ketika berlari menuju rumah orang tuanya, beliau dikejutkan dengan telefon daripada ayahnya, yang mengingatkannya supaya mengosongkan rumah segera, kerana perisikan Israel menelefonnya agar mengosongkan rumah segera tanpa mengetahui bahawa anaknya selamat secara ajaib dari serangan terhadap rumahnya sebagai peringatan.

sumber : COMES
penterjemah : osman