Categories
Berita Semasa

Selepas Serang Putera Qatar, Fatah Rujuk Qatar untuk Penyatuan Palestin

Khamis , 24/03/2011 – Jibril Al-Rajoub, Setiausaha Agung jawatankuasa pusat Fatah, memberitahu Qatar akan melakukan usaha penyatuan Palestin dengan Hamas di mana syarat dan termanya sesuai dengan Mahmoud Abbas yang mendapat bantahan Hamas

Rajoub mengatakan kepada AFP bahawa beliau telah menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Qatar Hamad bin Jasim yang diutus oleh Abbas kepada putera Hamad bin Khalifa Al Thani tentang usaha tersebut.

Dia mengatakan Qatar telah berjanji untuk berhubung dengan pimpinan Hamas untuk menggalakkan usaha penyatuan tersebut.

“Kami menjelaskan kepada Sheikh Hamad bahawa kita ingin mengembalikan kesatuan sistem politik Palestin yang majmuk,” tambahnya.

Seorang pemimpin Hamas – yang merahsiakan namanya – menyangkal perkembangan isu penyatuan nasional dan mengatakan Fatah belum memberikan apa-apa pun yang akan menggambarkan usaha penyatuan ini.

Pimpinan Fatah baru-baru ini membuat serangan melalui media terhadap Putera Qatar dan Kementerian Luar Negeri setelah Al-Jazeera yang berpusat di Qatar mendedahkan dengan terperinci dokumen perunding Palestin mengenai jumlah konsesi yang dibuat dengan Israel. Fatah mencetuskan beberapa demonstrasi di Tebing Barat di mana gambar-gambar putera dan bendera Qatar dibakar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen