Gendang-Gendang Dunia Tembok

Gendang-gendang dunia berdentum kencang,
Suara-suara sumbing dan sumbang lantang,
melaungkan keharam jadahan tembok batu
merentas, merogol dada tanah Palestin.


Namun gendang-gendang dunia tidak pula berdentum kencang,
Suara-suara sumbing dan sumbang ini tidak berteriak lantang dan lancang,
melaungkan keharam jadahan kehadiran rakyat Yahudi
merentas, merogol dada tanah Palestin,

Suara-suara ini bisu,
Bila bertemu dengan isu,
Milik siapakan dirimu…

Tidak ada pengharaman,
US3 billion setahun wang Uncle Sam di salur untuk ketenteraan,
Tidak ada keputusan,
kesalahan British pada sembilan belas empat puluh lapan,
membubur cacarkan hak kehidupan dan kebebasan,
Anak-anak tanah palestin ini.

Mengapa isu tembok di bincang?
Mengapa isu pengambilan tanah pada perang enam hari dicanang?
Mengapa tidak isu keharaman rakyat Israel mengambil seluruh tanah palestin di julang?
Ini semua permainan ahli silap mata,
Permainan soldadu-soldadu pemalu gendang-gendang tembok dunia…

Jangan kabur mata… wahai dunia.

Abu Raudhah
Kelana Jaya
17.7.2004
2.24 pm