Keputusan ICJ : Titik Perubahan Sikap Dunia ?

GAZA, 15/7/2004 – Massej Online – Pusat Hak Asasi Manusia al-Mizan Palestin menyambut baik keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) yang menetapkan illegalnya (tidak sah) tembok pemisah Israel. Sikap ICJ ini harus menjadi titik perubahan sikap masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva ke-4 serta badan-badan di bawah naungan
PBB, terutama Majlis Umum dan Dewan Keselamatan.


QudsPress menyebutkan pada hari Jumaat lepas(09/07) yang telah mengeluarkan keputusan meminta pendapat soal kesahihan pembangunan tembok pemisah oleh pemerintah Israel di tanah jajahan Palestin di Tebing Barat. Sementara
pemerintah Israel sendiri pada hari Ahad 16 Jun 2002 menetapkan kesahihan pembangunan tembok yang panjangnya 700 km.

Pihak Palestin berhasil meyakinkan Majlis Umum PBB untuk menolak tembok pemisah. Setelah Majlis Keselamatan PBB gagal mengecam tembok ini, Setiausaha Agung PBB Kofi Annan memutuskan pada 3 Disember 2003 untuk menyerahkan masalah tembok Israel ini kepada ICJ.

Secara undang-undang, pendapat ICJ memiliki kekuatan undang-undang yang memaksa masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Umum PBB, Majlis Keselamatan untuk menghormati keputusan ini. Ini kerana ICJ adalah lembaga
Kehakiman tertinggi antarabangsa. Untuk selanjutnya, badan-badan itu akan mengambil keputusan dan sikap menghentikan pembangunan tembok Israel atau dihapuskan apa yang telah dibangun. Bahkan akan menuntut Israel sebagai
rejim penjajah memberikan ganti kerugian yang dideritai rakyat Palestin akibat tembok tersebut.

Di samping itu, pendapat ICJ ini sejalan dengan arah negara-negara besar yang mengaku menjaga undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dilanggar.

Keputusan ICJ ini tentu akan membuat negara manapun untuk memberikan bantuan kepada Israel. ICJ juga menolak menentang semua kesan buruk pembangunan tembok Israel dan meminta negara antarabangsa tidak mengakui dan menentang kesan buruk itu.

Di sisi lain, ICJ juga mengakui bahawa tanah Palestin adalah tanah koloni dan Israel sebagai penjajahnya. Ini tentu ditolak oleh Israel dan mereka mengaku tetap komitmen dengan undang-undang antarabangsa, terutama kesepakatan Geneva IV.

Perlu ditegaskan bahawa pembangunan tembok apartheid Israel bukan saja mengubah situasi di Palestin bahkan akan menghapus semua kemungkinan berdirinya negara Palestin yang aktif dan hidup di masa depan. Sebab kerosakan fizikal yang ditimbulkan dan dirasakan oleh rakyat awam sangatlah besar. Pasca rampungnya pembangunan tembok apartheid ini, Israel secara praktiknya akan menguasai 50% tanah Palestin di Tebing Barat dan menguasai ladang seluas 165 hektar. Wilayah Tebing Barat akan dipecahkan menjadi
wilayah-wilayah kecil yang terpisah yang terdiri dari desa-desa, ladang pertanian, dan kota. Lebih kejam lagi, tembok ini akan menimbulkan kerosakan 875,000 warga Palestin, sumber air akan dikuasai Israel, puluhan ribu warga
akan terhalang menikmati layanan perubatan dan pendidikan, pusat-pusat kesihatan, sekolah dan universiti.

Pusat Hak Asasi Manusia al-Mizan menegaskan, bahawa tembok apartheid menghalang rakyat Palestin menentukan hak masa depannya, mendirikan negara Palestin merdeka yang diberi mandat oleh undang-undang antarabangsa. Justeru
itu, al-Mizan meminta kepada masyarakat antarabangsa untuk segera memulai mengambil rencana dan sikap menghentikan pembangunan tembok sial itu, terutama mereka yang menandatangani kesepakatan Geneva.

Rumah haram Israel berdiri megah di atas tanah saudara kita di Palestin