
Rabu, 27/04/2011 – Yayasan Al-Quds Antarabangsa mengeluarkan laporan “Kes Al-Quds” di sepanjang Januari hingga Mac 2011 yang disemak setiap suku tahun, bertujuan untuk memantau perkembangan penduduk, perbandaran dan politik yang berlaku di Al-Quds.
Laporan yang disusun secara objektif ini membentangkan perkembangan-perkembangan Al-Quds serta mengaitkan bagaimana projek Yahudinisasi meyeluruh dapat memberi kesan terhadap kehidupan di Al-Quds. Projek ini dibiayai oleh Zionis dan sekutunya. Turut dibincangkan dalam laporan ini adalah usaha-usaha sehabis baik mempertahankan Al-Quds yang dijalankan oleh penduduknya, menggunakan apa yang ada pada mereka dengan hanya sedikit sahaja sokongan dari luar.
Laporan ini menyimpulkan bahawa dalam tempoh 3 bulan pertama bagi tahun ini, “Al-Quds bergolak sama seperti negara Arab yang lain, tetapi negara lain sedang menuju ke arah pembebasan, Al-Quds pula sebaliknya semakin disakiti dengan penindasan dan pencabulan hak, terutamanya selepas Zionis menambahkan lagi usaha Yahudinisasi penduduk dan tanah Al-Quds ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen