
Rabu, 27/04/2011 – Persatuan tahanan Palestin memohon pertubuhan-pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia, terutama Palang Merah agar segera campur tangan dalam menyelamatkan nyawa puluhan pesakit Palestin yang dipenjarakan di penjara-penjara Israel.
Ketua persatuan Ragheb Abu Diyak dalam siaran media hari Isnin berkata organisasi hak asasi manusia antarabangsa dituntut untuk membantu pesakit Palestin dan Arab yang dipenjara untuk mengelakkan kejadian terhadap tawanan Syria berulang kembali. Tawanan tersebut, Saytan Al-Wali telah meninggal beberapa hari yang lalu akibat dari perubatan yang mengabaikan dasar-dasar kemanusiaan selama 23 tahun di penjara-penjara Israel.
Abu Diyak menekankan bahawa dasar mengabaikan kesihatan diamalkan oleh Israel terhadap tahanan Palestin dan Arab di penjara-penjara yang meragut nyawa beratus-ratus tahanan bertahun-tahun lamanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada