
Jumaat, 29/04/2011 – Beberapa orang pendatang haram Yahudi dari Kiryat Arba, timur Bandar Al-Khalil melakukan keganasan pada Isnin lepas dan menyerang beberapa buah rumah warga Palestin serta memusnahkan harta-benda mereka.
Saksi-saksi memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut telah memecahkan cermin kereta Mohammed Al-Qaymeri yang diletakkan di hadapan rumahnya dan membaling batu ke arah Mohammed.
Sementara itu, beberapa orang pemuda Palestin dari Kem Pelarian Arub yang terletak di Al-Khalil membaling batu dan botol-botol kosong ke arah tentera rejim Zionis (IOF) yang melontarkan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah pemuda-pemuda tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan. Pada Isnin lalu IOF telah menutup semua pintu masuk ke Bandar Al-Khalil dan menahan 3 orang pelajar universiti warga Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa