Jumaat, 06/05/2011 – Delegasi pimpinan tertinggi Hamas diketuai oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al, mengadakan pertemuan pada hari Selasa (3 Mei) bersama dengan Menteri Luar Mesir, Dr. Nabil Al-Arabi, untuk membincangkan perkembangan terbaru situasi Palestin masa kini.
Wartawan Pusat Infrmasi Palestin memberitahu bahawa “Khaled Mesh’al bersama dengan delegasi pimpinan telah bermesyuarat pada petang ini bersama Menteri Luar Mesir serta beberapa para diplomat. Delegasi selepas itu turut berkesempatan bertemu Setiausaha Am Liga Arab, Amru Mousa.
Delegasi Hamas ini tiba di ibu kota Mesir pada hari Ahad lalu untuk menyertai beberapa siri pertemuan bersama dengan para pimpinan Mesir, di samping untuk menandatangani persetujuan rekosiliasi dalaman negara Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen