Categories
Berita Semasa

Konvoi besar-besaran Hamas di Nablus sempena rekonsiliasi dan tuntutan untuk bebaskan tawanan.

Isnin, 09/05/2011 – Buat pertama kalinya sejak 4 tahun, di tengah-tengah panggilan yang menyeru kesatuan dan pembebasan tahanan politik, Hamas mengadakan perarakan besar-besaran di Bandar Nablus, Khamis (5 Mei), bermula selepas solat Maghrib di hadapan Masjid An-Nasr dekat tengah Bandar Lama dan berakhir di Duwar Shuhada’.

Menteri Hamid Al-Baitawi memberi ucapan ringkas di tengah laungan takbir, dan memberi sambutan kepada semua rakyat Palestin sempena persetujuan rekonsiliasi dan atas rasa bersyukur dengan kegembiraan yang besar tersebut, meskipun dekelilingi pelbagai tekanan dan kesempitan. Dr. Mohd Ghazal, salah seorang pimpinan Hamas pula menyampaikan kata-kata dari gerakan itu, terutamanya memberi penekanan kepada rekonsiliasi, sambil mengingatkan supaya tiada siapa yang akan tunduk di bawah tekanan Zionis ataupun tekanan luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen