Selasa, 10/05/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Tanah di Baitulmaqdis pada Rabu lepas melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis telah melakukan 42 jenayah harta-benda terhadap penduduk Baitulmaqdis pada bulan April 2011.
Laporan bulanan itu melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis memaksa penduduk tempatan memusnahkan rumah-rumah mereka sendiri dan mengugut untuk menyita beberapa buah rumah lagi bagi membina penempatan-penempatan haram Yahudi di kota suci itu. Laporan itu merekodkan 37 jenayah hak asasi dilakukan, termasuklah seorang lelaki dipaksa memusnahkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Wadi al-Jawz di Silwan. Manakala sebanyak 32 keluarga lain yang terdiri daripada 280 orang anggota keluarga telah diugut akan dihalau keluar dari rumah mereka sendiri.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa