Selasa, 10/05/2011 – 29 senator Demokrat Amerika Syarikat (AS) memberitahu presiden Barack Obama agar menghentikan bantuan kepada pihak berkuasa Palestin seandainya Hamas menyertai kerajaan tersebut hasil daripada perjanjian damai Fatah-Hamas.
Para senator Parti Demokrat menghantar mesej tersebut kepada Obama pada Jumaat, laporan akhbar Israel menyatakan pada Ahad. Yediot Ahronot menyebut, “Surat yang dimulakan oleh Senator Robert Menendez dari New Jersey dan Bob Casey dari Pennsylvania itu ditandatangani oleh senator-senator kanan termasuk Carl Levin, pengerusi Jawatankuasa Senat dalam Perkhidmatan Bersenjata dan Daniel Inouye yang mengetuai Jawatankuasa Penyesuaian Senat.”
“Dalam surat mereka kepada presiden Obama, senator-senator Demokrat itu menulis bahawa keputusan pihak berkuasa Palestin, presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas – sebuah kumpulan pengganas – akan menggugat usaha keamanan di Timur Tengah.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati