Selasa, 10/05/2011 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari Nablus, Syaikh Hamed Baitawi, menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel sedang bekerja untuk menggagalkan persepakatan Palestin kerana penjajah adalah pihak yang paling rugi apabila pesepakatan perpaduan berjaya.
Ketua Persatuan Ulama Palestin ini mengatakan, “Tidak diragukan lagi, Zionis Israel adalah pihak yang paling rugi dengan berlakunya persepakatan. Oleh kerana itu Israel berusaha untuk menghancurkannya dengan pelbagai cara.” Beliau menjelaskan bahawa penjajah Zionis sedang berusaha menghancurkan persepakatan dengan menjadi batu api, melalui propaganda penghentian pencairan dana pajak dan cukai, memtuskan bekalan air dan elektrik serta pelbagai bentuk propaganda yang lain.
Beliau menyatakan bahawa Israel meningkatkan operasi penangkapan di Tebing Barat serta berusaha mengosongkan dewan dari kelompok Islam dan pengaruh mereka. Beliau menegaskan bahawa semua rancangan Israel akan menemui kegagalan menghadapi kehendak rakyat Palestin yang kuat.
sumber : COMES
penterjemah : osman