Categories
Berita Semasa

Israel tahan pegawai Hamas

Jumaat, 03/06/2011 – Kerajaan Israel telah menahan pegawai senior Hamas, Abu Hussein Kweik, 55 Rabu lalu selepas memanggil beliau untuk disoalsiasat di markas perisikan penjara Ofer, Israel, menurut isterinya kepada PIC.

Saksi berkata kepada wartawan, mereka melihat Abu Kweik ditahan dan mata tertutup sekitar jam 1 tengahari, dan ia di bawa ke destinasi yang tidak diketahui. Badan perisikan Israel, Shin Bet telah menelefon Abu Kweik malam sebelumnya dan memerintahkan beliau untuk hadir ke markas di penjara Ofer, bandar Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz