Categories
Berita Semasa

Zionis tahan para pemimpin di Tebing Barat termasuk Ir. Zaidan

Jumaat, 03/06/2011 – Rejim Zionis pagi Khamis (2 Jun) menangkap ahli Majlis Legislatif dan menteri dalam Kerajaan Kesepuluh, Ir. Abdul Rahman Zaidan, dari rumahnya dekat bandar Deir El-Ghassoun, di timur Tulkarem utara Palestin.

Menurut keluarga beliau, rejim Zionis mengepung rumah mereka pada jam 1 malam dan memberi ancaman sekiranya Zaidan tidak keluar dengan segera. Zionis kemudian melakukan pencarian sebelum memaksa ahli keluarga beliau bersempit di dalam satu bilik dan melarang mereka keluar.

Keluarga beliau menambah lagi bahawa ketua pegawai unit Zionis yang memcah masuk ke rumah Zaidan menjerit, “adakah kalian nak mencapai rekonsiliasi mengikut cara kalian? Katakan kepada mereka bahawa mungkin dia (Zaidan) hanya akan dibebaskan setelah Shalit dibebaskan mungkin setahun lagi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen