
Selasa, 21/06/2011 – Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Kerajaan Palestin, menegaskan komitmen Hamas untuk mencapai rekonsiliasi dan usaha untuk mencapainya, meskipun terdapat permintaan daripada pihak Fatah untuk menangguhkan mesyuarat yang pada mulanya dipersetujui untuk diadakan pada hari Selasa depan yang akan dihadiri oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas.
Ismael Haniyyeh dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian beberapa projek khidmat masyarakat di bandar Gaza petang Ahad (19 Jun) berkata : “kami akan terus komited dengan usaha rekonsiliasi dan terus mara ke hadapan untuk merealisasikannya demi tanah Al-Quds dan para pelarian meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.”
Beliau menambah lagi “Fatah meminta untuk menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan di Kaherah, yang ditaja oleh Mesir, dan kami telah bersedia untuk mesyuarat ini, di mana kami ingin membentangkan segala perkara berbangkit berkenaan kerajaan konsensus ini.. Namun, kami menegaskan bahawa kami akan terus komited dalam usaha menemui rekonsiliasi ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen