
Khamis, 23/06/2011 –Tentera rejim Zionis (IOF) telah menembak seorang lelaki Palestin di pintu masuk ke timur bandar Qalqilia dan menangkapnya selepas dia mengalami kecederaan, kata sumber-sumber tempatan.
Mereka berkata bahawa Mahdi Amer, 22, mengalami kecederaan tahap sederhana. Menurut sumber itu lagi tentera mendakwa pemuda itu cuba menyerang mereka di pintu masuk lokasi tentera di mana pejabat perhubungan Palestin dan Israel terletak.
Sumber IOF berkata seorang pemuda menghayun pisau dan cuba menyerang tentera wanita sambil melaungkan Allahu Akbar, menyebabkan tentera kepada menembaknya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada