Haneyya Tuduh US Halang Bantuan Wang Arab Kepada Rakyat Palestin.

Selasa, 09/05/2006

Perdana Menteri Palestin Ismail Hanneya telah menghubungi Setiausaha Agong Liga-liga Arab,Amre Musa ,Presiden Sudan Omar Hasan Al-Bashir merangkap pengerusi kepada Perjumpaan Negara-Negara Arab di Khartoum,dan semua pemimpin arab supaya segera mengambil tindakan untuk menghentikan segala penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin dan menyelidik tindakan jahat US dengan mencampuri urusan rakyat Palestin.

Beliau menuduh US merosakkan rancangan makanisme yang menghantar gaji pekerja-pekerja kerajaan Palestin.Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin sebenarnya telah berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk melunaskan pembayaran gaji pekerja dan menyimpannya bersama-sama liga Arab.

?Pentadbiran US memang akan mengunakan helah mereka supaya segala rancangan bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin berjaya disekat. Segala usaha mereka ini adalah bertujuan untuk menundukkan kerajaan Palestin dengan kuasa mereka.Mereka mahu kami berkompromi supaya menggadaikan prinsip nagara kami.Dan ini tidak akan terjadi.?,ulas Hanneya.

Beliau juga mengalu-alukan rancangan seperti mengadakan ?Dialog Palesrtin dan menegaskan bahawa perbincangan seperti ini perlu mempuyai persediaan yang rapi.Segala isu yang akan dibincangkan perlulah mendapat persetujuan dan jelas untuk memastikan perbincangan itu mencapai matlamat yang ditetapkan.

Hanneya menasihatkan kepada semua parti bahawa jangan sesekali mengambarkan krisis yang terjadi di Palestin disebabkan oleh Kerajaan pimpinan Hamas kerana kerajaannya tidak mempunyai sebarang krisis.Namun perkara ini terjadi kerana ada pihak yang menafikan hak kemanusiaan dan undang-undang rakyat Palestin.