Rabu, 10/05/2006 – Trak-trak yang mengangkut 250 tan ubat-ubatan dan bahan makanan telah dapat masuk ke wilayah Tebing Barat melalui laluan Galima, pintu masuk utara kota Jenin. Ubat-ubatan dan bahan makanan ini disumbangkan oleh warga Palestin yang ada di
Palestin ?48 (wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1948).
Harian Israel Ha?aretz, Selasa (09/05/06) menyebutkan warga Arab di Palestin ?48
memberikan bantuan bahan makanan dan ubat-ubatan untuk di kirim kepada rakyat
Palestin di Tebing Barat sebagai usaha mengatasi sekatan ekonomi yang dilakukan Israel dan dunia antarabangsa terhadap bangsa Palestin.
Usaha bantuan ini dilakukan atas inisiatif bahagian pemantau tinggi Arab di Palestin ?48 yang turut disertai organisasi dan pertubuhan-pertubuhan Arab di Palestin ?48.
Trak-trak Palestin menunggu trak-trak yang ada di seberang sempadan kemudian dilakukan pemunggahan bahan makanan dan ubat-ubatan. Dijadualkan,bantuan-bantuan tersebut akan diangkut oleh pertubuhan-pertubuhan sosial Palestin di Tebing Barat kemudian diagihkan di kota Jenin, Nablus dan seterusnya ke kampung-kampungdi Tebing
Barat.
Bahagian pemantau tinggi Arab di Palestin ?48 bersedia menghantar bantuan serupa ke
Semenanjung Gaza. Ketua bahagian tersebut, Syauqi al Khatib mengatakan bantuan tersebut sebagai satu usaha terhadap krisis yang dialami warga Palestin, demikian juga sebagai lambang penolakan warga Arab ?48 atas tindakan kejam yang dilakukan Israel. Ia juga seharusnya menjadi peringatan kepada dunia Arab dan Eropah bahawa
mereka seharusnya mengambil perhatian terhadap krisis yang melanda bangsa Palestin.
Al Khatib mengatakan, ini bukanlah yang pertama kali dilakukan orang Arab di Palestin ?48 dalam membantu orang-orang Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Beliau menegaskan walaupun warga Arab di Palestin ?48 turut mengalami
kesukaran hidup namun di sana ada komitmen untuk bangsa Palestin yang tidak mungkin
diabaikan.